stop

isnin
dua puluh satu haribulan sebelas dua ribu sepuluh

aku tgk handset aku. ada satu application ni utk stop smoking. and it's been 5 days now. it is not for me to stop smoking. but for me to stop thinking of her...

i wanna go back?

jumaat

pess.. tersentak kejap lepas mendengar lagu weezer 'the good life'. pess. umpama menghentak jantung aku pada dinding. lalu menyental otak aku dengan sabun basuh baju feb buku yang di yakini membersihkan kesan kotoran. huh. memang aku sedang menyeksa diri aku sebenarnya menantikan sesuatu yang tak pasti. kadang tu aku rasa macam nak je aku jerit kat dia. "apahal dengan kau ni?" haish. hentah hape-hape. dan terkadang aku rasakan macam menggelabah gila.

segala perbuatan adalah berdasarkan cerita yang dia tgk, tak pun segala keputusan dan perbuatannya berdasarkan lagu-lagu yang dia dengar. sehinggakan bila aku kata macam lagu take slow dari liyana fizi dia membalas dengan "tak..tak.. no no song for me". APAHAL DENGAN KAU NI? it's just a song!!!!! haish!!! sumpah aku rasa cam nak lempang dia! dulu memang la aku sayang. tapi makin lama makin aku menyampah dengan dia. tak tau la sebab ape. mungkin sebab keEGOan dia yang melampaui batas! haishhh!!!haissssshhh!!!! haishhh!!!!!

mungkin aku memperbodohkan diri aku untuk dia. dan aku rasa memang aku memperbodohkan diri aku untuk dia. sebab aku meminta maaf untuk kesalahan aku beberapa kali sehinggakan aku rasa "fuck!! aku buat ape ni? ape salah yang aku buat ni sampai dia jadi cam ni?" aku hantar message pada hari raya. wish dia raya, maaf zahir dan batin. dia senyap. APAHAL DENGAN KAU NI??? haishhh...haishh!!! EGO!!! EGO!!!! EGO!!!!! pergi lah EGO KAU itu!!!!

dan sekarang.. tgk lah. aku merosakkan otak aku mengepos entry yang macam ni. haish.. aku terpaksa. sebab aku tak tau cammana nak cakap. dan terkadang aku rasa cam nak jerit kuat-kuat APAHAL DENGAN KAU NI? haishh!!!! dari aku pendam sorang-sorang baik aku luahkan kat blog aku ni. ni tak keluar semua. sbb aku masih mengkontrol kadar kemarahan aku kat dia. sbb aku memang tak suka marah. nanti rosak habis semua pemikiran aku ini. haish... semoga kehidupan aku lepas entry ini ok sikit sebab aku dah luahkan sikit. macam dalam lagu weezer

"it's time i got back,
it's time i got back, and i dont even know how i got off the track"

em out!

korang gila, aku lapan kali gila

isnin
lima belas haribulan sebelas duaribu sepuluh

yAh..yah...yah... minggu yg pada aku boleh di katakan gila. ahahha. aku, chak ngan tini pergi ke pangkor selepas tini si awek chak mengatakan hasrat untuk ke pangkor pada pukul 3 pagi ahad dan aku dengan slumber mengatakan 'on, aku takder hal.' lalu kami dari kolam mancing ikan siakap terus ke rumah aku, mengambil pakaian, camera lantas terus bergerak ke pulau pangkor. hahaha. semata-mata untuk memancing ke sana. aku yang bawak camera hanya menangkap beberapa keping gambar jer sbb aku taknak camera aku berbau ikan+sotong+udang yang di gunakan untuk membuat umpan memancing. pehhh.. bau memang tak hengat dunia punya. hahaha



last aku datang sini pada tahun 1998. hahaha


yeepa..yeepa...yeepa


tini ngan chak. kata si chak tini the crazy planner. tapi kalu takda orang gila yang kata 'on' tak jadi jgk kalau plan cammana pun. hahahaha. pendek kata, kami bertiga memang gila. hahaha


kat sini la kami kena tipu ngan beach boys a.k.a bitch boys. ada kah kata "abang panjat sikit je batu tu then mancing kat sebelah". pale hotak kau panjat batu sikit. susah payah kot panjat batu-batu besar tu. haish.. ape pun this crazy trip memang best. haha

terima kasih yang tak terhingga

whoot...whoot. it's friday. peeehh.. cepat gila masa berlalu. aku memang selalu confuse hari antara hari rabu, khamis dan jumaat. sbb bila aku tgk calendar kat hp aku, nampak je hari jumaat, otomatik aku cam tersentap. sbb aku rasa yg hari itu adalah hari rabu, dan esoknya adalah hari khamis. mati-mati aku ingat esok nya adalah hari khamis padahal yang sebenarnya adalah hari jumaat. aku kadang terfikir. ape yang aku dah buat pada hari isnin yang lalu.

harini aku macam tak percaya lagi. sbb rakan karib aku telah memberikan aku sebijik kereta untuk kegunaan ke ofis. pehhhh... terharu gila aku. bukan beri terus. tapi memberi pinjam a.k.a menjaga kereta nya sehingga daddy dia membuat keputusan untuk menjual kereta tersebut pada hari yang aku sendiri tak tahu bila. hmmm.. thanks u. thanks sangat-sangat. aku dapat msg dari dia malam semalam pada pukul 23.57 mlm masa tgh lepak minum ngan iwe, dodo, cak ngan aweknya tini.

"pokcik. u asleep?"

"not yet. y?"

"sok pagi kalo i jadi p hantar broadband kat rumah daddy, kita p amek keta kancil for u bleh?"

"yee. biar betul u?"

"betul la. but pagi. kalo u g keje lewat sikit sok boleh ker?"

"hehe. bleh je kot. wat time u? but then kete kancil tu cna? i mean for period of time or ect?"

"yang tu i tak tau cmmane. coz budak tu actually dah abis blajar. i think until daddy figure out wat to do with the kancil kot. time i takpasti g cammane. ni pun tak comfirm 100% g."

"hehe. ok. t sok i kejutkan u k"

dan pagi tadi aku ngan bestfriend aku tu g umah daddy dia. and g bekfes skali then he passed the car key to me ngan pesanan.

"nanti tolong checkkan air bateri, tayar pe suma k!"

hehehe.. bahek uncle. tq the very-very much. tuhan je yang tau membalas jasa baek korang satu family. dan aku walau pun tak berapa nak pasti untuk berapa lama aku menggunakan kereta tersebut, sekurang-kurangnya beban aku menunggu bas, komuter a.k.a tapir, suma dah ringan sikit. dan aku boleh berjimat. kira cam tolak la sepuluh hengget duet blanjer harian aku utk ke office. hehe.. owh. satu lagi. aku nak g amek lesen bulan ni. hahaha. apparently aku dah memandu selama 5 tahun tanpa lesen. ngaaaa... ngeri2 (sambil teringat kejadian kereta adik aku kena sita sbb kantoi aku bawak takder lesen).

p/s: thanks u. thanks sangat-sangat. :)

testing

testing..testing.. cakap pasal testing ni aku pernah kena tegur masa aku cakap test utk satu sesi sound check.

"test..test.. one two three...one two three..."


tibe-tibe ada satu seorang bersuara lantang sound aku.


"testing. bukan test. hang kalau nak cakap bahasa inggeris biar betul!"


aku cam tersentap. dude. it's just mic test jer. im not attending an english class or sumething. but well, i learn sumething that day. saying test is wrong. it's testing. say it again. testing. hahaha